Biography

Nasran Ahmad bin Hizam writes under his pen name Nazehran Jose Ahmad. He is a Malaysian author born in Kelantan in 1980. With more than ten years of writing experience he has published nine books, which include three novels in Malay and one novel translated to English. His five children’s books have been reprinted several times and received good reviews from Malaysian readers. The Michelangelo Code is his first English-translation novel with AuthorHouse UK. He now lives in Johor Bahru, Malaysia.

3 BASIC STEPS

How to get your copy?

Choose

Find out more about your desirable books at shop pages, click on it and you can read the teaser about the books.

Add to Cart

After added to cart, now you can safely add your shipping detail and proceed the payment onl our website. Dont worry, Its 100% safe.

Shipping

Now what you really need to do is sit back and relax while we pack your desirable books and send it to you. You'll receive your books soon.

Previous works

Kod Michelangelo

Author: Nazehran Jose Ahmad, 1980-
ISBN: 9789675841088
Personal Author: Nazehran Jose Ahmad, 1980-
Publication Information: Ampang, Selangor : Pekan Ilmu Publication, c 2011
Physical Description: 624ms. ; 19cm.
Subject Term: Malay fiction

Synopsis

Pembunuhan misteri ketua pengawas arkib, Arturo S. Eduardo di dalam Arkid Rahsia Vatican telah membongkar rahsia yang tersimpan selama 1,200 tahun. Persoalan timbul apabila si mati adalah pengikut The Cathar, iaitu satu kumpulan pergerakan medival dengan fahaman mereka yang percaya bahawa penyaliban Jesus adalah satu penipuan besar yang sengaja direka oleh Kristian Katolik.

Seorang wartawan terkenal The Daily Telegraph, Jesicca Keith ditugaskan untuk membongkar misteri pembunuhan tersebut. Sewaktu bertemu dengan Profesor Sheikh Hamza Yunus Cairel diseminarnya di Universiti London, satu kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku dalam perjalanan pulang. Mereka menjadi buruan pihak polis apabila satu lagi pembunuhan berlaku dirumahnya di Hampstead.

Gereja cuba menutup kes pembunuhan tersebut bagi menjaga kepentingan mereka. Namun, tiada rahsia yang kekal rahsia. Rahsia lain pula yang terkuak setelah kod-kod rahsia dalam lukisan siling Michelangelo di Gereja Kecil Sistine berjaya ditemui oleh pencinta seni amatur, Jacob Walmer. Tetapi ia bukanlah penemuan yang mahu didengari oleh dunia. Lebih-lebih lagi pihak gereja yang mahu rahsia itu dihapuskan buat selama-lamanya, sebelum ia terpahat sebagai sejarah hitam dalam dunia Kristian moden.

Apakah kaitan sebenar Sheikh Hamza dalam tragedi pembunuhan ini? Bagaimana pula percubaan Jacob dalam menyelesaikan misteri yang masih belum dapat diselesaikan itu? Dapatkah juga Jesicca mendedahkan kepada dunia tentang perkara sebenar yang disembunyikan dalam agamanya.

Misi Ke Marikh

Genre: Fiksyen Sains
Penulis: Nazehran Jose Ahmad
Penerbit: Buku Prima Grup Buku Karangkraf
Tahun terbit: 2010
Muka surat: 212
ISBN: 978-967-5489-50-1
Harga: RM12.90

Synopsis

Setelah misi kerajaan Malaysia berjaya menghantar angkasawannya, Dr. Firdaus Ghani sebagai angkasawan pertama Asia Tenggara yang berjaya menjejakkan kaki di planet Marikh; negara menyaksikan satu lagi sejarah telah terlakar. Akan tetapi, beliau telah menjadi lagenda kerana terbunuh akibat terkena serpihan asteroid yang melanda planet itu secara tiba-tiba. Enam tahun kemudian, sebutir meteor gergasi dijangka akan merempuh Bumi pada tahun 2030 di tengah Bandar Raya Kuala Lumpur. Walaupun ketika itu pembangunan negara telah mengalami perubahan pesat serta gaya hidup yang serba moden, tetapi mereka semua terpaksa akur dengan takdir dan kuasa Tuhan. Jadi, berjayakah mereka menyelamatkan diri masing-masing daripada ancaman dunia paling dahsyat dekad itu? Ikuti kisah selanjutnya untuk mengetahui cerita yang penuh mendebarkan ini.

Si Duyung dengan Puyu

Genre: Fantasi
Penulis: Nazehran Jose Ahmad
Penerbit: Kids @ Prima Grup Buku Karangkraf
Tahun terbit: 2011
Muka surat: 45
ISBN: 978-967-0184-00-5
Harga: RM7.50

Synopsis

Siri Alam Duyung memaparkan kisah kehidupan dunia realiti di daratan dan juga dasar laut yang sangat menghiburkan di samping menjadikan kanak-kanak lebih ber? kiran kreatif. Duyung sangat istimewa kerana mempunyai kebolehan yang luar biasa.“Ayah! Ayah! Ayah cari Duyungkah? Tengok ni Duyung boleh berenanglah ayah.” Senyum Duyung sambil mengibas-ngibaskan kakinya yang seperti ikan itu.“Buat apa mak dan ayah nak risau dengan Duyung. Kan Duyung dah boleh berenang sekarang? Nah, Duyung tangkapkan ikan lagi untuk ayah,” kata Duyung sambil memegang ikan di tangan kanannya.Suatu hari ketika Duyung sedang bermain dengan hidupan laut, seorang penyelam mengekorinya. Kerana tertarik dengan keistimewaan Duyung, dia pun mengejar Duyung. Siapakah penyelam itu dan apa pula yang dia mahukan daripada Duyung? Ikuti kisah Duyung seterusnya dalam siri akan datang…

Duyung dan Nelayan Jahat

Genre: Fantasi
Penulis: Nazehran Jose Ahmad
Penerbit: Kids @ Prima Grup Buku Karangkraf
Tahun terbit: 2011
Muka surat: 48
ISBN: 978-967-0184-29-6
Harga: RM7.50

Synopsis

Kesinambungan daripada Siri Alam Duyung yang menceritakan kehidupan Duyung yang meningkat dewasa dan lebih bersemangat dalam menghadapi kehidupan harian. Siri ini akan memberikan adik-adik gambaran kehidupan di dasar laut yang lebih luas dan mencabar. Bagaimanakah nasib Duyung seterusnya? Berjayakah Duyung diselamatkan oleh kawan-kawannya? Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan siri berikutnya!

Duyung dan Putera Dalwis

Genre: Fantasi
Penulis: Nazehran Jose Ahmad
Penerbit: Kids @ Prima Grup Buku Karangkraf
Tahun terbit: 2011
Muka surat: 48
ISBN: 978-967-0184-40-1
Harga: RM7.50

Synopsis

Keindahan kehidupan Duyung dapat terus dinikmati oleh adik-adik dalam Siri Alam Duyung kali ini. Di samping pelbagai hidupan laut yang comel dan menarik, Duyung juga berkenalan dengan seekor ikan duyung jantan yang baik hati. “Dalwis? Dalwis? Mana kamu?” tanya Duyung menyahut namanya. Duyung segera berenang ke tempat Putera Dalwis mula-mula menghilang. Namun tidak diketemuinya. Dia mula berasa risau. Tiba-tiba Duyung terperanjat apabila Putera Dalwis muncul dari arah belakangnya. “Hah, cari saya ke?” sergah Putera Dalwis yang cuba untuk bermain-main dengannya. Adakah Putera Dalwis dapat membawa Duyung ke daratan semula? Ikuti kisah selanjutnya dalam siri akan datang!

Duyung dan Fargusa

Genre: Fantasi
Penulis: Nazehran Jose Ahmad
Penerbit: Kids @ Prima Grup Buku Karangkraf
Tahun terbit: 2011
Muka surat: 47
ISBN: 978-967-0184-49-4
Harga: RM7.50

Synopsis

Kehidupan Duyung diteruskan lagi dengan aksi-aksi dan kejadian yang menarik apabila Duyung ditangkap oleh sekumpulan ikan duyung daripada Puak Yadula. Kisah kali ini memberikan gambaran yang lebih hebat kepada adik-adik di samping ilustrasi yang comel dan ceria.
“Pergi kamu semua dari sini! Apa yang kamu semua mahukan?” jerkah Putera Dalwis. “Ha… ha… ha…” Mereka ketawa berdekah-dekah. “Pergi kamu dari sini, sebelum aku panggil tentera-tentera kami!” arah Putera Dalwis sekeras-kerasnya. Tanpa sedar, Duyung disambar kemas Fargusa dengan menggunakan tali yang diambil daripada pinggangnya. Duyung kemudiannya diheret ke belakang kuda laut. Berjayakah Duyung melepaskan diri daripada Fargusa? Adakah Putera Dalwis dapat membantu Duyung? Ikuti siri seterusnya dengan aksi yang lebih menggemparkan!

Duyung dan Ratu Medula

Genre: Fantasi
Penulis: Nazehran Jose Ahmad
Penerbit: Kids @ Prima Grup Buku Karangkraf
Tahun terbit: 2011
Muka surat: 48
ISBN: 978-967-0184-89-0
Harga: RM7.50

Synopsis

Kini, pelbagai cabaran yang lebih hebat terpaksa Duyung tempuhi demi menyelamatkan diri dan pulang bertemu dengan ibu dan ayahnya. Kali ini, adik-adik dapat merasai debaran yang dihadapi Duyung dan kuasa jahat Ratu Medula. “Siapa kau?” tanya Putera Dalwis kehairanan. “Ha… Ha… ha… Akhirnya kau termakan juga ya perangkap aku?” soal Ratu Medula mengejek tindakannya itu. “Mana Duyung? Mana kau sembunyikan Duyung, ha?” jerkah Putera Dalwis dengan penuh geram. “Ha… Ha… Ha… Pasangan kekasih yang sejati. Comelnya…” ejek Ratu Medula. Siapakah Ratu Medula yang sebenarnya? Apa tujuannya memerangkap Putera Dalwis dan Duyung? Jangan lupa ikuti Siri Alam Duyung yang seterusnya!

The Michelangelo Code

Genre ‏ : Mystery-thriller
Author ‏ : Nazehran Jose Ahmad
Publisher ‏ : ‎ AuthorHouse UK; Illustrated edition (August 21, 2014)
Publication date ‏ : ‎ August 21, 2014
ISBN-10 ‏ : ‎ 1496987446
ISBN-13 ‏ : ‎ 978-1496987440
Item Weight ‏ : ‎ 1.06 pounds
Dimensions ‏ : ‎ 5 x 1.13 x 8 inches
Language ‏ : ‎ English
Print length ‏ : ‎ 335 pages

Synopsis

When the chief prefect of archives is found mysteriously murdered in the Vatican Secret Archives, it unleashes a secret that has been safely buried for two thousand years. But a question arises from the dead: the victim was a follower of the long-lost religious group, the Cathars, a group of Medieval Christians who believes they were the heirs of the original teaching of Jesus.
A renowned Daily Telegraph journalist, Jessica Keith, is assigned to cover the mysterious murder. Something unexpected happens when she meets a British numerologist, Professor Aaron Barone at a seminar in the University of London. They suddenly become fugitives when another murder takes place at his home in Hampstead.
The church is trying to cover up the murder to keep their interests guarded. But the utmost of all secrets cannot be kept forever. Another secret is uncovered by the amateur art lover, Jacob Walmer. It lays embedded in the work of Michelangelo on the ceiling of the Sistine Chapel, in The Last Judgment.
But it is not a discovery that the world wants to hear about. It is a secret that the church wants to bury forever, before it becomes a dark history in the modern Christian era.
How will Professor Aaron correlate to the mysterious murder? What about Jacobs attempt to solve the well-guarded puzzle in history? Will Jessica succeed in exposing the truth of her religion to the world?

New books

Kunci Kaspia

Genre: Misteri-Ngeri
Penulis:Nazehran Jose Ahmad
Penerbit: NJA Publication
Disokong oleh: Penjana MyCreative Sdn. Bhd.
Tahun terbit: 2022
ISBN: 978-629-97172-0-1

View cart

Synopsis

Alexander Agung bukan Zulkarnain. Fakta atau auta? Adakah mereka berdua ini orang yang sama atau berlainan? Namun yang pasti, makam tokoh pahlawan terkenal ini diketahui telah hilang selamanya daripada lipatan sejarah.
Dua kumpulan penuntut tahun akhir Pengajian Sejarah Dunia dari Universiti New York yang diketuai oleh Jason Howard dan Malik Omar, terjerumus kembali ke zaman lampau untuk membongkar misteri yang telah lama dilupakan dunia. Akibat perselisihan faham mengenai identiti tokoh tersebut, mereka memilih jalan masing-masing. Jason memutuskan untuk pergi ke Greek, manakala Malik terbang ke Mesir – ke negara kelahirannya bagi mencari makam Alexander yang hilang.
Penemuan simbol misteri pada medal hari pengebumian Alexander Agung sewaktu Konvensyen Numismatik Antarabangsa, menarik perhatian Frank Howard untuk membidanya. Tetapi malangnya, ia telah dijual kepada seorang jutawan dan pemilik kedai pajak gadai, Trevor Travis. Frank mengekori Trevor dan bertemu di rumahnya, tetapi bala menimpanya. Trevor mati mengejut dan Frank diburu polis kerana disyaki sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan itu.
Frank yang sempat mencuri medal milik Trevor, bersama anaknya, Jason berusaha sedaya upaya untuk membongkar kod rahsia itu. Namun, setelah satu misteri dipecahkan, misteri lain pula datang menjengah. Makam Alexander dikatakan telah menyembunyikan satu lagi artifak yang tidak ternilai, terlalu berbahaya jika jatuh ke tangan orang yang berniat jahat. Frank, Jason dan Malik langsung terlibat dengan pengembaraan penuh liku yang tidak pernah mereka jangkakan.
Kajian tesis mereka telah bertukar tragedi. Perjalanan mereka meniti sejarah purba. Dan dalam penitian itu, hanya satu yang mereka pelajari. Tiada jalan mudah jika tidak berdepan maut. Tiada keringat jika tidak ditumpah darah. Semuanya ada harga untuk dimiliki!

Lodge Rahsia

Genre: Misteri-Ngeri
Penulis:Nazehran Jose Ahmad
Penerbit: NJA Publication
Disokong oleh: Penjana MyCreative Sdn. Bhd.
Tahun terbit: 2022
ISBN:978-629-97172-1-8

View cart

Synopsis

London, England. Malam Krismas. Pembunuhan bersiri mayat terbakar tanpa kepala dan tangan serta penemuan simbol aneh pada lengan mangsa. Rom, Itali. Perpustakaan Negara Itali. Sebuah almanak purba atau manuskrip Nostradamus Vatinicia Code telah dilaporkan dicuri. Bandar Vatican, Itali. Bapa Suci, Pope Roman Peter I, telah dibunuh sewaktu hari perarakan pope. Tiga kejadian tragik. Tiga tempat berbeza. Satu kegiatan – Freemason. Pembunuhan luar biasa ini memaksa Profesor Vicki Mackenzie, pensyarah dan pakar kriptologi Masonik bekerjasama dengan polis CID London, Ketua Detektif Superintendan Mark Boudreau dan Detektif Superintendan Kelly Caldwell. Simbol kriptik aneh pada tubuh mangsa adalah klu terpenting kepada percaturan masa depan dunia. Penyiasatan tersebut telah menemukan mereka dengan sebuah lodge rahsia yang tersimpan pelan purba rekaan Sir Christopher Wren. Berpandukan pelan tersebut, ia dipercayai dapat membawa seseorang ke lokasi terkini yang menempatkan harta yang disembunyikan oleh Nabi Sulaiman, berkurun lamanya. Walaubagaimanapun, harta itu tidak boleh jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerana harta itu adalah berbahaya, sesiapa yang memilikinya dipercayai akan memperolehi satu kuasa yang boleh memusnahkan dunia. Ia adalah kunci Dajjal bagi menyesatkan manusia. Akan tetapi, harga bagi sebuah pembongkaran itu datangnya daripada nilai yang tinggi. Nasib masa depan dunia terletak pada perhitungan baik dan jahat. Pertarungan antara Tuhan dan syaitan. Dan di saat manusia diambang kehancuran, dunia perlu lekas diselamatkan.

REQUEST A CALL

We call you back

Need to talk to our company representative?
We'll contact your as soon as posible.

[contact-form-7 404 "Not Found"]

TALK TO A SPECIALIST

Let's Talk Business

Got new brilliant ideas to share with us? We love to calobrate with you. Wait no more, contact us now