Kod Michelangelo

RM29.90

Author: Nazehran Jose Ahmad, 1980-
ISBN: 9789675841088
Personal Author: Nazehran Jose Ahmad, 1980-
Publication Information: Ampang, Selangor : Pekan Ilmu Publication, c 2011
Physical Description: 624ms. ; 19cm.
Subject Term: Malay fiction

Availability: Out of stock Category:

Description

Synopsis

Pembunuhan misteri ketua pengawas arkid, Arturo S. Eduardo di dalam Arkid Rahsia Vatican telah membongkar rahsia yang tersimpan selama 1,200 tahun. Persoalan timbul apabila si mati adalah pengikut The Cathar, iaitu satu kumpulan pergerakan medival dengan fahaman mereka yang percaya bahawa penyaliban Jesus adalah satu penipuan besar yang sengaja direka oleh Kristian Katolik.

Seorang wartawan terkenal The Daily Telegraph, Jesicca Keith ditugaskan untuk membongkar misteri pembunuhan tersebut. Sewaktu bertemu dengan Profesor Sheikh Hamza Yunus Cairel diseminarnya di Universiti London, satu kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku dalam perjalanan pulang. Mereka menjadi buruan pihak polis apabila satu lagi pembunuhan berlaku dirumahnya di Hampstead.

Gereja cuba menutup kes pembunuhan tersebut bagi menjaga kepentingan mereka. Namun, tiada rahsia yang kekal rahsia. Rahsia lain pula yang terkuak setelah kod-kod rahsia dalam lukisan siling Michelangelo di Gereja Kecil Sistine berjaya ditemui oleh pencinta seni amatur, Jacob Walmer. Tetapi ia bukanlah penemuan yang mahu didengari oeh dunia. Lebih-lebih lagi pihak gereja yang mahu rahsia itu dihapuskan buat selama-lamanya, sebelum ia terpahat sebagai sejarah hitam dalam dunia Kristian moden.

Apakah kaitan sebenar Sheikh Hamza dalam tragedi pembunuhan ini? Bagaimana pula percubaan Jacob dalam menyelesaikan misteri yang masih belum dapat diselesaikan itu? Dapatkah juga Jesicca mendedahkan kepada dunia tentang perkara sebenar yang disembunyikan dalam agamanya?

Additional information

Color

Blue

Reviews

There are no reviews yet.


Be the first to review “Kod Michelangelo”