Hot

Kunci Kaspia

RM29.90

Genre: Misteri-Ngeri
Penulis: Nazehran Jose Ahmad
Penerbit: NJA Publication
Disokong oleh: Penjana MyCreative Sdn. Bhd.
Tahun terbit: 2022
ISBN: 978-629-97172-0-1

Category:
View cart

Description

Synopsis

Alexander Agung bukan Zulkarnain. Fakta atau auta? Adakah mereka berdua ini orang yang sama atau berlainan? Namun yang pasti, makam tokoh pahlawan terkenal ini diketahui telah hilang selamanya daripada lipatan sejarah.
Dua kumpulan penuntut tahun akhir Pengajian Sejarah Dunia dari Universiti New York yang diketuai oleh Jason Howard dan Malik Omar, terjerumus kembali ke zaman lampau untuk membongkar misteri yang telah lama dilupakan dunia. Akibat perselisihan faham mengenai identiti tokoh tersebut, mereka memilih jalan masing-masing. Jason memutuskan untuk pergi ke Greek, manakala Malik terbang ke Mesir – ke negara kelahirannya bagi mencari makam Alexander yang hilang.
Penemuan simbol misteri pada medal hari pengebumian Alexander Agung sewaktu Konvensyen Numismatik Antarabangsa, menarik perhatian Frank Howard untuk membidanya. Tetapi malangnya, ia telah dijual kepada seorang jutawan dan pemilik kedai pajak gadai, Trevor Travis. Frank mengekori Trevor dan bertemu di rumahnya, tetapi bala menimpanya. Trevor mati mengejut dan Frank diburu polis kerana disyaki sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan itu.
Frank yang sempat mencuri medal milik Trevor, bersama anaknya, Jason berusaha sedaya upaya untuk membongkar kod rahsia itu. Namun, setelah satu misteri dipecahkan, misteri lain pula datang menjengah. Makam Alexander dikatakan telah menyembunyikan satu lagi artifak yang tidak ternilai, terlalu berbahaya jika jatuh ke tangan orang yang berniat jahat. Frank, Jason dan Malik langsung terlibat dengan pengembaraan penuh liku yang tidak pernah mereka jangkakan.
Kajian tesis mereka telah bertukar tragedi. Perjalanan mereka meniti sejarah purba. Dan dalam penitian itu, hanya satu yang mereka pelajari. Tiada jalan mudah jika tidak berdepan maut. Tiada keringat jika tidak ditumpah darah. Semuanya ada harga untuk dimiliki!

Additional information

Weight .5 kg
Dimensions 22 × 15 × 4 cm

Reviews

There are no reviews yet.


Be the first to review “Kunci Kaspia”