Hot

Lodge Rahsia

RM29.90

Genre: Misteri-Ngeri
Penulis: Nazehran Jose Ahmad
Penerbit: NJA Publication
Disokong oleh: Penjana MyCreative Sdn. Bhd.
Tahun terbit: 2022
ISBN: 978-629-97172-1-8

Category:
View cart

Description

Synopsis

London, England. Malam Krismas. Pembunuhan bersiri mayat terbakar tanpa kepala dan tangan serta penemuan simbol aneh pada lengan mangsa. Rom, Itali. Perpustakaan Negara Itali. Sebuah almanak purba atau manuskrip Nostradamus Vatinicia Code telah dilaporkan dicuri. Bandar Vatican, Itali. Bapa Suci, Pope Roman Peter I, telah dibunuh sewaktu hari perarakan pope. Tiga kejadian tragik. Tiga tempat berbeza. Satu kegiatan – Freemason. Pembunuhan luar biasa ini memaksa Profesor Vicki Mackenzie, pensyarah dan pakar kriptologi Masonik bekerjasama dengan polis CID London, Ketua Detektif Superintendan Mark Boudreau dan Detektif Superintendan Kelly Caldwell. Simbol kriptik aneh pada tubuh mangsa adalah klu terpenting kepada percaturan masa depan dunia. Penyiasatan tersebut telah menemukan mereka dengan sebuah lodge rahsia yang tersimpan pelan purba rekaan Sir Christopher Wren. Berpandukan pelan tersebut, ia dipercayai dapat membawa seseorang ke lokasi terkini yang menempatkan harta yang disembunyikan oleh Nabi Sulaiman, berkurun lamanya. Walaubagaimanapun, harta itu tidak boleh jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerana harta itu adalah berbahaya, sesiapa yang memilikinya dipercayai akan memperolehi satu kuasa yang boleh memusnahkan dunia. Ia adalah kunci Dajjal bagi menyesatkan manusia. Akan tetapi, harga bagi sebuah pembongkaran itu datangnya daripada nilai yang tinggi. Nasib masa depan dunia terletak pada perhitungan baik dan jahat. Pertarungan antara Tuhan dan syaitan. Dan di saat manusia diambang kehancuran, dunia perlu lekas diselamatkan.

Additional information

Weight .5 kg
Dimensions 22 × 15 × 4 cm

Reviews

There are no reviews yet.


Be the first to review “Lodge Rahsia”